Lebih dari 10 pesakit yang membuat temujanji rawatan dalam sehari. Sekiranya whatsApp anda tidak dibalas, boleh whatsapp semula.
10 JENIS SIHIR YANG SELALU ANDA TERKENA 
.
1. SIHIR PENCERAIAN
.
Disasarkan terutamanya kepada pasangan suami dan isteri. Antara simptom-simptomnya:
.
– Sering bergaduh atas isu kecil
– Panas baran tanpa sebab
– Tidak suka / selesa tengok wajah pasangan
– Tidak boleh duduk berdua
– Sering prasangka buruk
– Sering mimpi bukan-bukan pasal pasangan
-Bila berjauhan rindu, bila berjumpa nak bergaduh
.
.
2. SIHIR PENGHALANG NIKAH ( BERAT JODOH)
.
Biasanya lebih kerap berlaku daripada ‘ain daripada sihir.
.
Kesannya:
– Mereka yang terkena akan sukar mendapat jodoh
– tempoh berkenalan / bertunang biasanya tidak akan berkekalan
– Selalu mempunyai isu terutama apabila ingin melibatkan perkahwinan
– Beberapa kali putus tunang secara mendadak
.
.
3. SIHIR PENDARAHAN
.
Berlaku pada para wanita, terutamanya dalam lingkungan umur 20-40 tahun
.
Simptomnya:
– Berlaku pendarahan secara berterusan di luar waktu haidh (istihadah)
– Darah yang keluar tidak normal
.
Boleh juga jadi:
– Haidh tidak kunjung tiba walaupun berbulan-bulan
.
.
4. SIHIR PEMISAH
.
Biasanya dikenakan untuk memisahkan satu keluarga / pasukan / kumpulan. Boleh jadi sebuah kumpulan bisnes, yang akan memisahkan antara partner.
.
Boleh jadi antara satu kumpulan kawan yang bersahabat baik dan rapat, namun disebabkan dengki oleh pihak lain menyebabkan mereka berpisah.
.
Kesan:
– Selalu bersangka buruk antara satu sama lain
– Tidak boleh berbincang dengan elok
.
.
5. SIHIR PENYAKIT
.
Sihir yang menyebabkan penyakit, sama ada dalaman, luaran atau penyakit-penyakit kritikal.
.
Biasanya melibatkan penyakit-penyakit:
– Muntah darah
– batuk berterusan
– Ulcer
– Kanser
– Jantung
.
.
6. SIHIR MAHABBAH/ SIHIR PENGASIH
.
Sihir untuk membuatkan seseorang jatuh cinta kepada seseorang yang lain
.
Tanda-tandanya:
– Terlalu obses dengna lelaki / wanita tersebut
– Selalu terbayang-bayang
– Selalu mengutamakan lelaki /wanita tersebut lebih dari logik / keluarga
.
.
7. SIHIR GILA
.
Sihir untuk membuatkan seseorang gila.
.
Dengan membuatkan orang tersebut:
– Terbayang-bayang benda yang tidak wujud
– Sering mendengar bisikan-bisikan
– Sering merasai dirinya dibenci semua
– Sering merasai diri banyak kekurangan & kelemahan
– Merasai semua orang melakukan kesalahan pada dia
.
.
8. SIHIR BISIKAN
.
Sering mendengar bisikan-biskan ghaib.
.
.
9. SIHIR MANDUL/TIADA ZURIAT
.
Sihir yang membuatkan lelaki / wanita tidak boleh mempunyai anak. Sekiranya mengandung juga, sering gugur.
.
.
10. SIHIR IKATAN
.
Sihir yang menghalang dari melakukan perhubungan antara suami isteri, ibarat ada ikatan / blockage. Boleh jadi dalam bentuk si suami / isteri tidak bernafsu ketika berhubungan.
Sharing Is Caring – PerubatanSufi.com

Comments

comments

Categories: Info

WhatsApp chat Temujanji Rawatan