Kesufian (Bahasa Arabتصوف, taṣawwuf‎; bahasa Arab/Parsi: عرفان; bahasa Inggeris: Sufism) ialah istilah yang diberikan kepada sebuah aliran atau tradisi pemahaman Islam yang merangkumi berbagai-bagai kepercayaan dan amalan. Antaranya ialah aspek esoterik atau mistisisme mengenai komunikasi dan dialog langsung antara penganut Islam dengan Allah. Perkataan tariqa atau tarekat digunakan oleh pengikut aliran Sufi untuk kaedah atau tradisi tertentu yang diikuti oleh seorang individu untuk mendekatkan dirinya kepada Tuhan. Unsur-unsur atau tradisi kesufian tidak terbatas kepada satu mazhab tertentu di dalam agama Islam, samaada mazhab Syiah atau Sunni, walaupun kebanyakan tokoh-tokoh Sufi dalam sejarah terdiri daripada pengikut mazhab Sunni. bahkan boleh dikatakan terdapat juga contoh pengaruh kesufian yang terdapat dalam tradisi agama yang lain. Pemikiran Sufi muncul dari Timur Tengah pada abad ke-8, tetapi penganut-penganutnya kini terdapat di seluruh dunia. Walaupun terdapat pengaruh unsur-unsur kesufian di dalam budaya, pemikiran dan pengamalan masyarakat Islam kini secara umum, pengaruh Modenisasi dan kritikan segolongan ulama aliran Salafi telah menyebabkan kemorosotan pengaruh aliran-aliran kesufian dan pengurangan jumlah penganut jika dibandingkan dengan Zaman Pramodern.Sejak permulaan Abad ke-20, kedatangan beberapa pengamal kesufian ke negara-negara Barat telah menyebabkan penyebaran ajaran pemahaman Sufi dalam beberapa bentuk. Walaupun ramai pengikut kesufian di Barat telah memeluk agama Islam, ramai juga yang mengikut ajaran kesufian secara bebas (golongan New Age).
Ajaran kesufian telah memainkan peranan besar dalam pembentukan sastera di alam Islam, dan penulis golongan Sufi telah menghasilkan sejumlah besar puisi dalam bahasa Arab, TurkiParsiKurdUrduPunjabi, dan Sindhi yang merangkumi karya-karya Jalal al-Din Muhammad RumiAbdul Qader BedilBulleh ShahAmir KhusroShah Abdul Latif BhittaiSachal Sarmast, dan Sultan Bahu, serta juga banyak tradisi tarian kesalihan (umpamanya pemusingan Sufi), dan muzik seperti Qawwali.
Etimologi
Pada masa Rasulullah belum wujud istilah tasawuf, yang wujud pada waktu itu hanyalah istilah sahabat nabi.
Istilah tasawuf mula muncul pada pertengahan abad ke-3 Hijriyyah oleh Abu Hasyimal-Kufi (w. 250 H.) dengan meletakkan “al-Sufi” di belakang namanya. Dalam sejarah Islam sebelum timbulnya aliran tasawuf, terlebih dahulu muncul aliran zuhud. Aliran zuhud timbul pada akhir abad pertama dan permulaan abad ke-2 Hijriyyah. Beberapa etimologi untuk perkataan “Sufi” telah dicadangkan.
Pandangan yang lazim adalah bahawa perkataan “Sufi” berasal daripada Suf (صوف), sepatah perkataan bahasa Arab untuk sakhlat yang merujuk kepada mantel sederhana yang dipakai oleh zahid-zahid Islam pada zaman awal. Bagaimanapun, bukan semua ahli sufi memakai mantel atau pakaian yang diperbuat daripada sakhlat.
Satu lagi teori etimologi menyatakan bahawa kata dasar untuk “Sufi” ialah perkataan bahasa Arab, safa (صفا) yang bermaksud kesucian, dan merujuk kepada penegasan Sufisme terhadap kesucian hati dan jiwa.
Sesetengah orang yang lain mengatakan bahawa asal perkataan “Sufi” adalah daripada perkataan “Ashab al-Suffa” (“Teman-teman Serambi”) atau “Ahl al-Suffa” (“Orang-orang Serambi”) yang merupakan sekumpulan penganut Islam pada zaman Nabi Muhammad yang menghabiskan banyak masa di serambi masjid Nabi untuk bersembahyang.
Zuhud
Zuhud menurut para ahli sejarah tasawuf adalah fasa yang mendahului tasawuf. Menurut Harun Nasution, perkara yang paling penting bagi seorang calon sufi ialah zuhud iaitu keadaan meninggalkan dunia dan hidup kebendaan. Sebelum menjadi sufi, seorang calon harus terlebih dahulu menjadi zahid. Sesudah menjadi zahid, barulah ia meningkat menjadi sufi. Dengan demikian tiap sufi ialah zahid, tetapi sebaliknya bukan semua zahid merupakan sufi[1].
Secara etimologi, zuhud bererti raghaba ‘ansyai’in wa tarakahu, bermaksud tidak tertarik terhadap sesuatu dan meninggalkannya. Zahada fi al-dunya, bererti mengosongkan diri dari kesenangan dunia untuk ibadah[2].
Bercakap tentang makna zuhud secara terminologi menurut Prof. Dr. Amin Syukur, tidak boleh dilepaskan daripada dua perkara. Pertama, zuhud sebagai bahagian yang tak terpisahkan daripada tasawuf. Kedua, zuhud sebagai moral (akhlak) Islam dan gerakan protes[3]. Apabila tasawuf diertikan adanya kesedaran dan komunikasi langsung antara manusia dengan Tuhan sebagai perwujudan ihsan, maka zuhud merupakan suatu maqam menuju pencapaian “perjumpaan” atau makrifat kepada-Nya. Dalam kedudukan ini, zuhud bererti mengelak dari berkehendak terhadap hal-hal yang bersifat duniawi atau yang selain Allah. Zuhud juga adalah “berpaling dari dunia dan menghadapkan diri untuk beribadah melatih dan mendidik jiwa, dan memerangi kesenangannya dengan berkhalwat, berkelana, puasamengurangi makan dan memperbanyakkan zikir[4]. Zuhud di sini berupaya menjauhkan diri dari keseronokan dunia dan menafikan kelazatan itu walaupun halal, dengan jalan berpuasa yang kadang-kadang pelaksanaannya melebihi apa yang ditentukan oleh agama. Semuanya itu bertujuan demi meraih keuntungan akhirat dan pencapaian tujuan tasawuf, iaitu redha, bertemu dan makrifat Allah swt.
Kedua, zuhud sebagai moral (akhlak) Islam, dan gerakan membantah iaitu sikap hidup yang seharusnya dilakukan oleh seorang muslim dalam memandang dunia fana ini. Dunia dipandang sebagai satu cara ibadah dan untuk meraih keredhaan Allah swt, bukan dengan tujuan hidup, dan menyedari bahawa mencintai dunia akan membawa sifat-sifat mazmumah (tercela). Keadaan seperti ini telah dicontohkan oleh Nabi S.A.W dan para sahabatnya[3].
Zuhud di sini bererti tidak merasa bangga atas kemewahan dunia yang telah ada di tangan, dan tidak merasa bersedih kerana kehilangan kemewahan itu dari tangannya. Zuhud itu bukanlah kependetaan atau terputusnya kehidupan duniawi, akan tetapi merupakan hikmah pemahaman yang membuat seseorang mempunyai pandangan khusus terhadap kehidupan duniawi itu. Mereka tetap bekerja dan berusaha, akan tetapi kehidupan duniawi itu tidak menguasai kecenderungan hatinya dan tidak membuat mereka mengingkari Tuhannya[5]. At-Taftazani menjelaskan bahawa zuhud adalah tidak bersyarat kemiskinan. Malah kadang kala seorang itu kaya, tetapi pada masa yang sama dia juga zahid. Uthman bin Affan dan Abdurrahman ibn Auf adalah para hartawan, tetapi kedua-duanya adalah para zahid dengan harta yang mereka miliki.
Zuhud menurut Nabi S.A.W serta para sahabatnya, tidak bermakna berpaling secara penuh dari hal-hal duniawi tetapi bermaksud sikap sederhana atau jalan tengah dalam menghadapi segala sesuatu, sebagaimana diisyaratkan firman – firman Allah yang berikut: “Dan begitulah Kami jadikan kamu (umat Islam) umat yang adil serta pilihan”[al-Quran 2:143]. “Dan carilah apa yang dianugerahkan Allah kepadamu dari (kebahagiaan) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi”[al-Quran 28:77]. Sementara dalam hadith disabdakan : “Bekerjalah untuk duniamu seakan kamu akan hidup selamanya, dan bekerjalah untuk akhiratmu seakan kamu akan mati esok hari”[6].
Faktor-faktor Zuhud
Zuhud merupakan salah satu maqam yang sangat penting dalam tasawuf. Hal ini dapat dilihat dari pendapat ulama tasawuf yang sentiasa menyenaraikan zuhud dalam perbahasan tentang maqamat, walaupun dengan sistem yang berbeza-beza.
Al-Ghazali menempatkan zuhud dalam sistem berikut:
1. al-taubah (Taubat)
2. al-sabr (Kesabaran)
3. al-faqr (Kefakiran)
4. al-zuhud (Kezuhudan)
5. al-tawakkul (Kepasrahan)
6. al-mahabbah (Kecintaan)
7. al-ma’rifah (Pengetahuan)
8. al-ridha (Keredhaan)
Al-Tusi menempatkan zuhud seperti berikut:
1. al-taubah (Taubat)
2. al-wara’ {Kewarakan)
3. al-zuhd (Kezuhudan)
4. al-faqr (Kefakiran)
5. al-sabr (Kesabaran)
6. al-ridha (Keredhaan)
7. al-tawakkul (Kepasrahan)
8. al-ma’rifah (Pengetahuan)
[7].
Sedangkan al-Qusyairi menempatkan zuhud dalam urutan maqam al-taubahal-wara’al-zuhudal-tawakkul dan al-ridha[1].
Jalan yang harus dilalui seorang sufi tidaklah licin dan dapat ditempuh dengan mudah. Jalan itu sukar, dan untuk berpindah dari satu maqam ke maqam yang lain memerlukan usaha yang berat dan masa yang bukan singkat, kadang-kadang seseorang calon sufi harus bertahun-tahun tinggal dalam satu maqam.
Para pengkaji baik dari kalangan orientalis mahupun Islam sendiri saling berbeza pendapat tentang faktor yang mempengaruhi zuhud. Nicholson dan Ignaz Goldziher menganggap zuhud muncul kerana dua faktor utama, iaitu: Islam itu sendiri dan kependetaan Nasrani, walaupun kedua-duanya berbeza pendapat tentang sejauh mana kesan faktor yang terakhir[8].
Harun Nasution mencatatkan lima pendapat tentang asal-usul zuhud. Pertama, dipengaruhi oleh cara hidup rahib-rahib Kristian. Kedua, dipengaruhi oleh Phytagoras yang megharuskan meninggalkan kehidupan material dalam rangka membersihkan roh. Ajaran meninggalkan dunia dan bertafakur inilah yang mempengaruhi timbulnya zuhud dan kesufian dalam Islam. Ketiga, dipengaruhi oleh ajaran Plotinus yang menyatakan bahawa dalam rangka penyucian roh yang telah kotor, sehingga dapat menyatu dengan Tuhan harus meninggalkan dunia. Keempat, pengaruh Budha dengan faham nirwananya bahwa untuk mencapainya orang harus meninggalkan dunia dan memasuki hidup kontemplasi. Kelima, pengaruh ajaran Hindu yang juga mendorong manusia meninggalkan dunia dan mendekatkan diri kepada Tuhan untuk mencapai persatuan Atman dengan Brahman[3].
Sementara itu Abu al’ala Afifi mencatat empat pendapat para peneliti tentang faktor atau asal–usul zuhud. Pertama, berasal dari atau dipengaruhi oleh India dan Parsi. Kedua, berasal dari atau dipengaruhi oleh pertapaan Nasrani. Ketiga, berasal atau dipengaruhi oleh pelbagai sumber yang berbeza-beza kemudian menjelma menjadi satu ajaran. Keempat, berasal dari ajaran Islam.
Untuk faktor yang keempat tersebut Afifi memerincikan lebih jauh menjadi tiga: Pertama, faktor ajaran Islam sebagaimana terkandung dalam kedua sumbernya, al-Qur’an dan al-Sunnah. Kedua-dua sumber ini mendorong untuk hidup warak, taqwa dan zuhud.
Kedua, reaksi rohaniah kaum muslimin terhadap sistem sosial politik dan ekonomi di kalangan Islam sendiri, iaitu ketika Islam telah tersebar ke pelbagai negara yang sudah tentu membawa kesan tertentu, seperti terbukanya kemungkinan kemakmuran pada satu pihak dan terjadinya pertikaian politik sesama umat Islam seperti yang menyebabkan perang saudara antara Ali ibn Abi Talib dengan Mu’awiyah, yang bermula dari al-fitnah al-kubra I yang menimpa khalifah ketigaUthman ibn Affan (35 H/655 M). Dengan adanya fenomena sosial politik seperti itu terdapat sebahagian masyarakat dan ulamanya tidak ingin terlibat dalam kemewahan dunia dan mempunyai sikap tidak mahu mengetahui terhadap pergolakan yang ada, mereka mengasingkan diri agar tidak terlibat dalam pertikaian tersebut.
Ketiga, tindak balas terhadap ilmu fiqh dan kalam, sebab kedua-duanya tidak boleh memenuhi dalam pengamalan agama Islam. Menurut at-Taftazani, pendapat Afifi yang terakhir ini perlu diteliti lebih jauh, zuhud boleh dikatakan bukan tindak balas terhadap ilmu fiqh dan kalam, kerana gerakan keilmuan Islam, seperti ilmu fiqh dan ilmu kalam dan sebagainya, muncul selepas amalan zuhud mahupun gerakan zuhud wujud. Perbahasan ilmu kalam secara sistematik timbul setelah lahirnya mu’tazilah kalamiyyah pada permulaan abad ke-2 Hijrah, lebih lewat lagi ilmu fiqh, iaitu setelah tampilnya imam-imam mazhab, sementara zuhud dan gerakannya telah lama tersebar luas di dunia Islam[3].
Zuhud itu walaupun terdapat persamaan antara amalan zuhud dengan pelbagai ajaran falsafah dan agama sebelum Islam, namun zuhud tetap terdapat dalam Islam. Banyak dijumpai ayat al-Qur’an mahupun hadith yang bernada merendahkan nilai dunia, sebaliknya banyak dijumpai nas agama yang memberi motivasi beramal demi memperoleh pahala akhirat dan terselamat dari siksa api neraka [al-Quran 57:19][al-Quran 93:4][al-Quran 79:37-40].

17total visits,5visits today

Comments

comments

Categories: Info

Assalamualaikum.

Tempat kami tidak beroperasi setiap hari sepanjang bulan ramadhan.  Hanya waktu yang tertentu berdasarkan temujanji. WhatsApp untuk dapatkan rawatan jarak jauh.

WhatsApp chat Pertanyaan & Rawatan