Lebih dari 10 pesakit yang membuat temujanji rawatan dalam sehari. Sekiranya whatsApp anda tidak dibalas, boleh whatsapp semula.

Perubatan Islam As Sufi

Dari Tahun 2012 Sehingga Kini

Rawatan Berhadapan

Rawatan yang biasa kami jalankan dipusat rawatan adalah berdasarkan temujanji & kami juga boleh hadir ketempat pesakit sekiranya pesakit mempunyai masalah yang agak kritikal untuk melakukan rawatan ditempat kami. Khususnya masalah yang berkaitan dengan sihir & saka.

'SILA BUAT TEMUJANJI SEBELUM HADIR'

Rawatan Jarak Jauh / Tanpa Hadir

Selain rawatan berhadapan, kami juga boleh merawat penyakit penyakit yang berkaitan dengan masalah gangguan seperti sihir & saka. Iaitu rawatan tanpa hadirkan diri atas sebab sebab tertentu.

'WHATSAPP UNTUK DAPATKAN RAWATAN'

Kaedah Ruqyah & Kerohanian

Kaedah yang kami gunakan didalam rawatan ialah kaedah Ruqyah Syariah iaitu rawatan yang menggunakan ayat ayat Al Quran untuk mengeluarkan segala penyakit & gangguan dari tubuh badan pesakit. Disamping itu kami juga menggunakan kaedah kerohanian iaitu salah satu kaedah alternatif yang biasa dipanggil sebagai "ilmu tenaga dalam".

Bebas Dari Unsur Khurafat

Semua kaedah yang kami gunakan tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Hanya menggunakan kekuatan dari Al Quran & Doa. Tiada jampi yang tidak difahami. Tiada kemenyan. Tiada barangan khusus yang digunakan ketika merawat. Kami merawat dengan tangan yang kosong. Segalanya dengan izin Allah.

Perawat Berpengalaman

Berpengalaman dalam bidang rawatan lebih dari 8 tahun. Merawat pesakit hampir setiap hari. Bermacam macam kes & penyakit sudah dirawat. Dengan pengetahuan & pengalaman yang ada in shaa Allah kami sedia membantu menyelesaikan masalah pesakit.

Membuat Temujanji

Untuk mendapatkan rawatan, pesakit hendaklah membuat temujanji melalui whatsApp terlebih dahulu sebelum datang ketempat kami. Pesakit yang hadir tanpa membuat temujanji tidak akan dilayan sekiranya kami berada diluar kawasan. 

Bawa Kawan Atau Keluarga

Semasa datang untuk rawatan, bawalah sekurang-kurangnya seorang teman atau sebaik-baiknya dua orang. Ini kerana sekiranya pesakit pengsan atau mengamuk, ada orang yang boleh tolong redakan. Bagi pesakit perempuan, datanglah dengan dua orang mahram. Jangan bawa kekasih untuk menemankan saudara. 

Menutup Aurat

Bagi kaum hawa, tolong datang dengan menutup aurat. Aurat yang terbuka berkemungkinan besar akan mengganggu tumpuan para perawat yang akhirnya matlamat asal tidak tercapai, yang dapat hanyalah dosa dan syaitan pula mentertawakan kita semua. Bagi kaum adam, tolong jangan datang dengan berseluar pendek.

Rawatan Jarak Jauh

Bagi pesakit yang tidak dapat hadir ketempat kami atas sebab sebab tertentu seperti tinggal ditempat yang jauh, masalah suami isteri, keluarga tidak percaya atau masalah kenderaan boleh mendapatkan rawatan secara jarak jauh, tanpa perlu hadir ke pusat rawatan.

In shaa Allah kesan rawatan jarak jauh yang dibuat adalah sama seperti rawatan secara berhadapan. Yang berbeza adalah pesakit tidak berhadapan dengan perawat.

Walaubagaimana pun, untuk kes kes yang kritikal seperti kerasukan, histeria, dan sihir yang berat adalah digalakkan untuk membawa pesakit ke pusat rawatan.

Tentang Bayaran

Bayaran yang ditetapkan untuk setiap sesi rawatan ialah RM50 & boleh dibayar mengikut kemampuan pesakit kecuali jika kami datang ketempat pesakit (Termasuk Kos Perjalanan)

Antara Perawat As Sufi

Yang boleh membantu menyelesaikan masalah gangguan, sihir & saka.
Muhammad Awal

Muhammad Awal

Pengasas Perubatan Islam As Sufi

Berusia 25 Tahun, Berpengalaman Dalam Bidang Rawatan Selama 8 Tahun.
Kaedah Yang Digunakan Ialah Ruqyah Syariah & Kerohanian (Tenaga Dalam)

Muhammad Iqram

Muhammad Iqram

Pengamal Perubatan Islam As Sufi

Berusia 27 Tahun. Merawat Di Sekitar Kuala Lumpur & Batucaves. Boleh Hadir Ketempat Pesakit Yang Memerlukan Rawatan.

Nur Liyah

Nur Liyah

Pengamal Perubatan Islam As Sufi & Tradisional

Berusia 35 Tahun. Antara perawat yang berkebolehan
merawat masalah santau, busung, keturunan & masalah zuriat

Muhammad Faris

Muhammad Faris

Pengamal Perubatan Islam As Sufi

Berusia 23 Tahun. Berkebolehan merawat masalah sihir & saka dengan kaedah ruqyah & kerohanian

JEMAAH AS SUFI

JEMAAH AS SUFI

Perawat & Pelajar

AKTIVITI RAWATAN YANG DIJALANKAN

Feedback Pesakit

Antara Feedback Rawatan Yang Dapat Dikongsikan
Pesakit Dari Singapore

Pesakit Dari Singapore

Sihir Pengasih

Assalamualaikum Ustaz. Selepas buat rawatan hampir seminggu ni, saya dah boleh berfikir dgn jelas.

Alhamdulillah. Saya dah tak nak balik pada dia. Saya pun dah tak contact dia lagi. Rasanya lebih baik putus terus. Takut nanti terkena sihir pengasih lagi. Saya pun tak nak dia pegang semangat saya lagi."

Pesakit Dari Johor

Pesakit Dari Johor

Gangguan Lama

"Assalam.. Akk just nk bgtau lepas buat rwtan pembuka aura tu....akk rs ringan sngat..n mcm terlepas dr sesuatu yg tersekat selama ni..bernafs pun rs tenang n x mengah ..n badan ni rs ringan seringan2nya.."

Pesakit Dari Singapore

Pesakit Dari Singapore

Kes Sihir & Saka

"hubungan dgn suami ada improvements sejak semalam. Alhamdulillah. Takde rasa "panas" atau hot temper bila mengadap each other.. boleh duduk makan semeja semalam ptg, selalu nya kalau duduk bersama kat meja mkn tiba2 rasa semcm ada invisible wall between us, ada je tak kena, then slalu akak beralih duk bilik kalau da rasa gitu sebab boleh jadi gaduh besar."

Pesakit Dari Kuala Lumpur

Pesakit Dari Kuala Lumpur

Masalah Suami Isteri

"Assalamualaikum..
Ustaz, Alhamdulillah...akak bersyukur,ye akak th semlm ustaz br je rawat suami akak,mmg akak x sangka..ada perubahan,semalam akak pesan bugger dkt suami akak,tp suami akak x bc whatsapp akak,suami ckap x sdr whatsapp masuk...
Pertama kali dalam 11 thun dgn suami,semlm hr pertama suami MINTA MAAF dgn akak...
Alhamdulillah,akak mmg nampak perubahan sgt,x nampak suami marah2..
Alhamdulillah,ustaz atas usaha dan tawakal akak Allah dh tjuk sedikit demi sedikit..t.kasih byak2"

Buat Temujanji Segera

It's Monday 11:55 AMPusat Rawatan Tidak Beroperasi Pada Ketika Ini. WhatsApp Untuk Temujanji Rawatan.

Blog

Info Rawatan & Penyakit
Info

Syirik Berubat Dengan Bomoh Siam

ADAKAH seseorang itu melakukan syirik apabila dia telah berusaha banyak kali berubat cara Islam untuk membuang sihir tetapi tidak sembuh dan kemudian mendapatkan khidmat bomoh Siam. Bagaimanapun, dia sememangnya yakin hasil itu berlaku atas izin Read more…

Info

Tanda Tanda Sihir Pemisah & Pengasih

Tanda-tanda sihir pemisah (memisahkan seseorang individu dengan individu lain) 1. Terdapat perubahan tabiat/perangai secara tiba-tiba 2. Kerap berlaku perbalahan antara pasangan atau rakan 3. Kehadiran pandangan buruk keatas pasangan misalnya nampak suami atau isteri begitu Read more…

Info

Membuang Sihir & Santau Dengan Air Kelapa

Manfaat minum air kelapa untuk mematikan/memuntahkan racun/bisa-bisa santau/sihir yang ada didalam tubuh badan. Caranya seperti berikut. Pastikan air kelapa muda. Jangan letak gula atau air batu (ori). Sebelum minum baca Ayat seperti berikut :- 1. Read more…

Info

Tiupan Al Fatihah (Ruqyah Diri)

Terapi Ruqyah Mandiri (Al Fatihah) Teknik Ruqyah: Lakukan muqadimah ruqyah atau boleh dilakukan setiap selesai shalat. Ambil segelas air putih, baiknya ari zamzam, pegang gelas itu dengan tangan kanan, dan mulai bacakan Al Fatihah dengan Read more…

Info

Konsep Pandangan / Scan & Rawatan Jarak Jauh

Dalam bidang ilmu perubatan Islam, isu yang julung kali menjadi perbalahan dan perbahasan bagi setiap pihak adalah berkenaan teknik pandangan atau ‘scan’ dan rawatan secara jarak jauh. Apabila ilmuan yang kononnya berilmu tetapi jahil dalam bidang yang Read more…

Info

Pemusnah Sel Kanser

Air lemon panas boleh menolong anda seumur hidup. Harus baca dan  sebarkan walau anda sibuk. 1. Lemon panas membunuh sel kanser. 2. 2-3 hirisan lemon dicelupkan dalam 1 gelas air panas, boleh menjadi air alkaline. 3. Bermanfaat Read more…

Hubungi Kami

Alamat Ke Pusat Rawatan

No 9 (Tingkat 1), Jalan 57A Selayang Baru Batucaves 68100 Selangor

WhatsApp

Muhammad Awal
013 917 7020 (WhatsApp Sahaja)
Waktu Rawatan Berdasarkan Temujanji

Hantarkan feedback, cadangan atau aduan anda kepada kami.

WhatsApp chat Temujanji Rawatan